Thursday 26 May 2011

Bahagian 1- Baju Adat & Protokol Berpakaian

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Di dalam blog DPAI ini kami akan sentuh secara umum Bab Protokol & Adat Istiadat di dalam Gayong Ma'arifat. Adalah diharapkan anak-anak murid yang bergelanggang mahupun yang telah menjadi ahli dapat menekuni dan melaksanakan protokol dan adat istiadat yang ditetapkan. Sesungguhnya disiplin dan adab yang baik adalah salah satu faktor yang mengangkat kemuliaan dan kejayaan sesebuah organisasi.

Baju Adat
Apabila menyebut istilah Baju Adat masih ramai yang terpinga-pinga atau kurang pasti. Ramai diantara ahli menyebut 'uniform' atau 'baju silat'. Dalam Gayong Ma'arifat, uniform silat atau pakaian seragam silat yang dipakai didalam Majlis Rasmi atau Majlis Beradat dan juga di gelanggang-gelanggang diistilahkan sebagai Baju Adat.
Contoh gambar diatas ialah pemakaian Baju Adat bagi seorang Pendekar setia / Gurulatih Gelanggang. 

1-Bengkung
Berbeza bagi ahli-ahli biasa, bengkung yang dipakai ialah mengikut tahap yang telah dilepasi. Ini bagi menghormati bengkung sebagai satu bentuk penghargaan terhadap si pemakai yang layak memakainya setelah melalui dan melepasi ujian yang ditetapkan.

2-Samping
Samping bagi ahli biasa ialah berwarna KUNING bagi Majlis Rasmi / Majlis Beradat. Samping menggunakan kain pelekat / kain batik biasa boleh dipakai semasa aktiviti / latihan gelanggang. Ahli biasa TIDAK BOLEH menggunakan Samping Kain Songket daripada warna apa-apapun kerana Songket dikhaskan bagi Ahli-ahli Dewan Perguruan & Adat Istiadat.

3-Tutup Kepala
Tutup kepala adalah WAJIB bagi lelaki dan perempuan di dalam Gayong Ma'arifat terutamanya di dalam gelanggang silat. Tutup kepala bagi lelaki ialah songkok, serban, kopiah atau tanjak berwarna kuning. Tutup kepala bagi perempuan ialah tudung berwarna hitam.

4- Bentuk Baju Adat
Baju berwarna hijau dengan leher cekak musang berbutang tiga (warna kuning)
Jalur kuning dikeliling leher cekak musang
Dua jalur di lengan baju berwarna merah dan kuning
Seluar berwarna hijau dengan satu jalur kuning 10cm dari hujung kaki seluar
Bagi Gurulatih / Pendekar setia / Panglima ditambah 1 jalur merah pada lengan dan di kaki seluar.

5-Perbezaan Pakaian Adat
  • Yang DiPertuan Besar memakai Tengkolok dan Samping Songket Kuning Keemasan
  • Orang Besar Bergelar memakai Tengkolok dan Samping Songket Merah
  • Orang Besar Berempat memakai Tengkolok dan Samping Songket Kuning
  • Orang Besar Berlapan memakai Tengkolok dan Samping Songket Hitam
  • Panglima Negeri memakai Tengkolok dan Samping Songket Oren
  • Pendekar Setia (Elit) memakai Tanjak dan Samping Merah
  • Pendekar Setia memakai Tanjak Kuning dan Samping merah
  • Ahli biasa memakai Tanjak dan Samping Kuning / kain pelikat biasa
  • Srikandi memakai Tudung hitam dan samping mengikut tahap.

Adab Berpakaian Umum
  • Semua anak murid dan ahli Gayong Ma'arifat perlu menghormati Perguruan Gayong Ma'arifat yang mengangkat budaya Melayu dan syariat islam sebagai landasan perjuangan. Oleh itu sebaik-baiknya jemaah lelaki perlu memakai Baju Melayu atau Jubah / gamis semasa menghadiri apa-apa aktiviti Gayong Ma'arifat.
  • Bagi jemaah wanita / srikandi perlulah memakai tudung berwarna gelap (bukan selendang) dan memakai pakaian yang bersesuaian dengan majlis. Utamakanlah pemakaian Baju Adat, Baju Kurung dan Jubah yang menutup aurat, sopan dan tidak menarik perhatian bagi mengelakkan fitnah dan menjaga nama baik srikandi.
Sebarang pertanyaan sila rujuk dengan Gurulatih Gelanggang anda.

Tempahan Baju Adat boleh dibuat terus kepada Dewan Perguruan & Adat Istiadat. Sila berhubung dengan Tuan Shamir 017-4547024
Terima Kasih!

No comments:

Post a Comment