Monday 23 May 2011

Jom Berkenalan Dengan Gayong Ma'arifat

Apa tu Gayong Ma'arifat?
Gayong Ma'arifat ialah sebuah pertubuhan senibela diri Melayu atau silat tua yang masih mengekalkan pengisian dan pengajaran Silat Tua. Pertubuhan ini bermula sama seperti silat-silat lain, yang memulakan aktiviti bergelanggang secara kecil-kecilandi sekitar Lentang, Bentong, Pahang.Atas sambutan yang menggalakkan, Gayong Ma'arifat didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan pada tahun 1993 dengan nama Persatuan Seni Silat Gerak Gayong Ma'arifat dan memakai logo seperti dibawah:-
 Ianya kemudian didaftarkan semula pada tahun 1998 dengan menggunakan nama Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia dan menggunakan logo berikut sehinggalah kini.






Siapa Pengasas Gayong Ma'arifat ?
Gayong Ma'arifat diasaskan oleh Datuk Seri Paduka Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri. Ilmu persilatan Gayong Ma'arifat merupakan ilmu persilatan Minang yang diwarisi daripada Datuk Laksamana Hang Tuah oleh beliau

Pengisian Gayong Ma'arifat

Adapun pengisian Gayong Ma’arifat mengangkat beladiri Silat Minang yang terkenal dengan permainan ‘randai’. Seni silat ini juga merupakan hasil gabungan beladiri dari Sumatera, Pahang dan Melaka (Melayu Palembang). Terdapat 7 permainan dalam Gayong Ma’arifat iaitu :-

·         Buah Pukul Minang

·         Sendeng 2 Beradik                       

·         Terlak Sumatera

·         Harimau Minang

·         Cekak Minang

·         Panglima

·         Laksamana

Silat Gayong Ma’arifat juga menekankan pengisian kerohanian dan banyak menggunakan kaedah tenaga nyawa/tenaga dalam, serta mendidik pesilat-pesilat supaya mengutamakan tawakal dalam setiap gerak silat. Ini kerana konsep kerohanian / ketuhanan adalah tidak wajar untuk dipisahkan daripada diri pesilat.
Pengisian kerohanian dan kaedah tenaga nyawa/tenaga dalam disebut sebagai Permainan Laksamana didalam Gayong Ma'arifat. 

Semua permainan diatas telah disatukan, digabungkan dan direncahkan di dalam setiap tahap dan peringkat pembelajaran yang telah disusun secara sistematik.


Kat Mana Nak Belajar?????
Gayong Ma'arifat mempunyai wakil-wakil dan Gurulatih di seluruh Malaysia. Dalam post akan datang kami akan masukkan senarai wakil-wakil kami. Jangan lepaskan peluang ini! Martabatkan silat Melayu! 
.

No comments:

Post a Comment