Wednesday 25 May 2011

Pentadbiran Gayong Ma'arifat - Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia

Salam Sejahtera dan kembali bertemu...

Kali ini kami jelaskan struktur pentadbiran Gayong Ma'arifat. Ramai ahli dan bukan ahli terkeliru mengenai pentadbiran Gayong Ma'arifat. Tahukah anda, Gayong Ma'arifat terdiri daripada 2 buah pentadbiran?
  1. Pentadbiran Persatuan - Majlis Tertinggi Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia
  2. Pentadbiran / Kawalan Dalaman - Dewan Perguruan, Adat & Istiadat
Secara umumnya Persatuan bertindak sebagai badan  aktiviti dan pergerakan ahli-ahli berdaftar untuk menjalankan pelbagai program tahunan bagi mengukuhkan ikatan diantara ahli. Syarat-syarat untuk menjadi ahli persatuan ialah :-
  • Telah mengambil Baiah Permainan Laksamana
  • Telah menyertai Majlis Mandi Adat / Berlimau
  • Membayar Yuran Keahlian
Bagi mereka-mereka yang cuma mengambil Permainan Laksamana, golongan ini dipanggil Anak Murid Gayong Ma'arifat.

Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia telah menubuhkan Cawangan di negeri-negeri berikut :-
  1. PSSGMM Kuala Lumpur
  2. PSSGMM Selangor
  3. PSSGMM Pulau Pinang
  4. PSSGMM Kedah
  5. PSSGMM Pahang
  6. PSSGMM Kelantan
  7. PSSGMM Johor
  8. PSSGMM Negeri Sembilan ( Dalam proses)
  9. PSSGMM Perak (Dalam proses)
  10. PSSGMM Melaka (Dalam proses)

Sebarang maklumat lanjut mengenai Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia boleh berhubung dengan
  • Presiden - Ustaz Adzahar (017-507 2026)
  • Setiausaha Agung - Tuan Qahhar (017-419 9739) 

No comments:

Post a Comment