Wednesday 25 May 2011

Pentadbiran Gayong Ma'arifat - Dewan Perguruan, Adat & Istiadat PSSGMM

Adapun Dewan Perguruan, Adat & Istiadat (DPAI) PSSGMM merupakan pentadbiran kawalan dalaman Gayong Ma'arifat. DPAI mempunyai hak-hak eksekutif dan kuasa-kuasa eksekutif yang tidak boleh dicampuri oleh Persatuan. Ini bertujuan bagi mengelakkan masalah dalaman persatuan dan masalah-masalah yang timbul di seluruh Malaysia.

Hak Eksekutif DPAI ialah :
  • Logo PSSGMM
  • Cogankata 'IKHLAS, AMANAH, BERANI'
  • Bendera
  • Panji-panji
  • Pakaian Adat

Kuasa Eksekutif DPAI ialah :
Petikan Ceraian 7.9, Fasal 7 Perlembagaan PSSGMM :-
Dewan Perguruan, Adat & Istiadat PSSGMM bertindak selaku Pemegang Kuasa Eksekutif bagi membantu, memperkuatkan dan melindungi PSSGMM dari perpecahan kerana perebutan pangkat dan kuasa pada masa depan serta menjamin sistem pelajaran yang tersusun dan sistematik.
Kuasa Eksekutif:-
  1. Mengurus, mengatur dan menyelaraskan sistem pendidikan PSSGMM
  2. Mempunyai bidang kuasa membentuk mana-mana gelanggang silat di Malaysia dan dunia
  3. Kuasa penuh terhadap tenaga pengajar serta melaksanakan ujian kenaikan bengkung
  4. Memegang kuasa penuh Adat & Istiadat PSSGMM
  5. Memegang kuasa penuh dalam perlantikan Guru Utama, Orang Besar Bergelar, Orang Besar Beradat dan Gurulatih Gelanggang.
  6. Memegang kuasa penuh dalam pemecatan ahli atau murid
  7. Memegang kuasa penuh mengesahkan perlantikan Presiden
Sebarang maklumat lanjut mengenai pembukaan gelanggang, atau anda ingin bertanya wakil-wakil tempatan Gayong Ma'arifat di tempat anda, atau anda berminat untuk mengetahui Gayong Ma'arifat sila hubungi :
  • Setiausaha Sulit & Kehormat DPAI, Datuk Ibrahim (014-5907927)
  • Setiausaha Media & Perhubungan Korporat, Datuk Hisyammasri (017-6313986)
  • Setiausaha Kerja & Dokumentasi, Dang Ratna (014-7351335)

No comments:

Post a Comment