Saturday 28 May 2011

Bahagian 2- Adab Panggilan & Kaedah Hormat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Di dalam blog DPAI ini kami akan sentuh secara umum Bab Protokol & Adat Istiadat di dalam Gayong Ma'arifat. Adalah diharapkan anak-anak murid yang bergelanggang mahupun yang telah menjadi ahli dapat menekuni dan melaksanakan protokol dan adat istiadat yang ditetapkan. Sesungguhnya disiplin dan adab yang baik adalah salah satu faktor yang mengangkat kemuliaan dan kejayaan sesebuah organisasi.
 
Adab Panggilan
Terdapat banyak panggilan yang biasa didengari dalam Gayong Ma'arifat. Walau bagaimanapun sebarang gelaran dan anugerah jawatan didalam Gayong Ma'arifat adalah termaktub dalam Perlembagaan PSSGMM iaitu :-
Fasal 4, Ceraian 4.6, Hak-hak dan kewajipan ahli
a. Hak-hak ahli :-
    5. Setiap ahli PSSGMM berhak mendapat apa-apa gelaran yang telah ditetapkan oleh PSSGMM mengikut yang diputuskan oleh Mesyuarat Perwakilan Tahunan PSSGMM pada bila-bila masa sahaja jika ada usul yang demikian itu dan begitu juga dari lain-lain pihak.   
 
Adab panggilan adalah berbeza mengikut jawatan / gelaran. Berikut merupakan bentuk-bentuk panggilan:-
 
  1. YTM TKS Yang DiPertuan Besar - Yang Teramat Mulia Tuanku / Tuanku 
  2. Isteri - Isteri yang DiPertuan - Cik Puan Besar / Cik Puan
  3. Datuk Paduka Anaknda - Paduka
  4. Datuk Bijasura - Setiausaha Sulit
  5. Datuk Bijaya - Setiausaha Sulit
  6. Dang Ratna - Setiausaha Sulit
  7. Datuk Bendahara - Datuk Seri Paduka Setia Lela Nila Pahlawan
  8. Datuk Temenggung - Datuk Seri Paduka Perang Lela Perkasa
  9. Datuk Seri - Orang Besar Beradat Berempat (Panglima Wilayah)
  10. Datuk Panglima / Bentara - Orang Besar Beradat Berlapan (Panglima Zon)
  11. Datuk / Panglima Setia - Imam Perang Negeri
  12. Panglima - Panglima Kanan Negeri
  13. Pendekar Setia / Pendekar - Gurulatih gelanggang / Pendekar Setia
  14. Datin Seri / Datin Paduka / Datin - Isteri-isteri Orang-orang besar
  15. Tuan / Puan - Pegawai protokol / Ahli Majlis Tertinggi
Kaedah Hormat
  1. Paras Dahi - Ahli kepada YTM TKS Yang DiPertuan Besar
  2. Paras Bawah Dagu / Tengah Dada - Ahli Kepada Ahli Dewan Adat
  3. Pusat - Ahli kepada Pendekar Setia / sesama ahli / Berlainan Jantina
 


No comments:

Post a Comment